DATUK LEE CHONG WEI

BIODATA
Wajahnya keanak-anakan tetapi jangan terpedaya, di sebalik wajah comel itu, kehebatannya menggegarkan ramai. Pemain utama perseorangan lelaki dalam acara badminton ini, Datuk Lee Chong Wei, sudah membuka banyak mata untuk melihat taring anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini dalam sukan itu.

Dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia ini, kejayaannya bukan sedikit. Dan yang terbaru, berjaya menewaskan pemain nombor satu dunia, Lin Dan dalam kejohanan ekoran berjaya melangkah ke pusingan akhir Olimpik Beijing 2008 pada 24 Ogos lepas. Mengetepikan Lin Dan yang kini turun sebagai pemain nombor dua dunia, Chong Wei menerima ranking terbaru yang diperoleh dari Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu. Chong Wei berjaya merampas kedudukan nombor satu dunia dari Lin Dan selepas mengumpul 85,579 mata berbanding juara Sukan Olimpik Beijing 2008 itu yang hanya berpuas hati dengan 84,080 mata.
Terdahulu, beliau hanya membawa gelaran pemain nombor dua dunia tketika menjuarai Kejohanan Badminton Asia (ABC) sekali gus mengakhiri penantian 12 tahun pemain negara untuk muncul juara dalam kejohanan berkenaan.

Sebelum itu, Chong Wei hebat dalam Sukan Komanwel 2006 apabila memenangi emas bagi perseorangan lelaki dan acara berpasukan campuran.

Dilahirkan 21 Oktober 1982, Chong Wei, pemuda yang terkenal dengan sifat peramah ini sudah menundukkan ramai pemain dunia, termasuk pemain nombor satu dunia, Lin Dan, dari China. Beliau mendapat pendidikan awal di Jit Sin Primary School (B) sebelum menyambungkan pelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Way.

Satu perkara `pelik’ yang mungkin harus dikongsi bersama pembaca dan peminat Chong Wei, anak muda ini tidak menggemari artis Hong Kong seperti kebanyakan anak muda berketurunan Cina di negara ini. Idolanya juga bukan bintang badminton dunia, sebaliknya kelab bola sepak terkaya di dunia, Manchester United.


Pencapaian:
2006: Juara perseorangan Kejohanan Badminton Asia (ABC); juara perseorangan lelaki dan acara berpasukan campuran Sukan Komanwel; Juara Terbuka Switzerland
2005: Juara perseorangan Terbuka Denmark; Juara perseorangan Terbuka Malaysia; Separuh akhir Kejohahan Badminton Dunia di Anaheim
2004: Juara Terbuka Malaysia; Juara Terbuka Taiwan; Naib Juara Terbuka Singapura; Suku Akhir Terbuka Indonesia; Suku Akhir Terbuka Korea; Suku Akhir Terbuka Thailand; Pusingan Awal Olimpik Athens; Pusingan Awal Terbuka China; Pusingan Awal Kejuaraan Asia; Pusingan Awal Terbuka Jepun; Perlawanan Akhir Piala Thomas
2003: Juara Satelit Luster Malaysia; Pusingan ketiga Terbuka China, Naib juara Satelit India; Suku akhir Terbuka Denmark, Separuh akhir Terbuka Belanda; Naib juara Terbuka Malaysia; Pusingan ketiga Terbuka Indonesia; Pusingan kedua Terbuka Singapura
Juara Komanwel 1998
Menduduki ranking nombor satu dunia selepas mengetepikan Lin Dan pada 24 Ogos 2008


Anugerah:
Olahragawan Kebangsaan 2005
Menerima gelaran Datuk (Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) dari Yang di-Pertua Negri Tun Abdul Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008 selepas berjaya merangkul pingat perak pada Sukan Sea Beijing 2008.
Pemain badminton nombor satu dunia selepas menewaskan Lin Dan.
Memenangi emas pada Kejohanan Siri Super Terbuka Korea Selatan 2010.
Memenangi emas enam kali berturut-turut pada Kejohanan Terbuka Malaysia bermula 2005.
Read more

HUKUM DAN ADAB-ADAB BERMUSAFIR

HUKUM BERMUSAFIR
i. Wajib
- Bagi seorang muslim yang berkemampuan bermusafir ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah yang ajib
ii. Sunat
- Bermusafir untuk menziarahi tiga buah masjid utama ( al-masjidil haram, al-masjid an-nabawi & al-masjidil aqsa )
- Bermusafir untuk melakukan perkara-perkara sunat seperti menziarahi saudara
iii. Harus
- Bermusafir ke mana sahaja dengan tujuan yang diharuskan oleh syarak
iv. Makruh
- Bermusafir tanpa tujuan dan matlamat
v. Haram
- Bermusfir ke tempat-tempat yang haram dikunjungi serpeti pusat-pusat maksiat atau menyaksikan pesta maksiat

ADAB-ADAB BERMUSAFIR
i. Sebelum memulakan perjalanan kita hendaklah memohon petunjuk daripada Allah
ii. Sebelum memulakan perjalanan kita hendaklah menyediakan bekalan secukupnya seperti wang, pakaian, makanan dll
iii. Melantik seorang ketua apabila bermusafir dalam kumpulan yang terdiri daripada 3 orang atau lebih
iv. Sunat mengucapkan selamat tinggal kepada orang-oprang yang ditinggalkan bagi memaklumkan kepada mereka tentang keberangkatan dan tempat yang dituju
v. Disunatkan solat musafir dan berdoa sebelum memulakan perjalanan

SEBAB-SEBAB PERLUNYA ADAB BERMUSAFIR
i. Supaya perjalanan tersebut mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah
ii. Sekiranya berlaku pertelingkahan, ketua yang dilantik akan menyelesaikannya
iii.Supaya tidak berlaku kerosakan alam.
Read more

CARTA ORGANISASI UNIT SUKAN DAN AKTIVITI LUAR

Read more

SENARAI ALATAN SUKAN UNIT SUKAN DAN AKTIVITI LUAR


SESIAPA YANG INGIN MEMIMJAM BOLEH BERURUSAN DENGAN AJK ALATAN SUKAN

Ikhwah : 'Ammar 'Affi bin Amran
Akhawat : Nur Syukriyah
Read more

TENIS : PENGENALAN UNTUK BEGINNER

Tenis ialah satu permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang sama ada di luar mahupun di dalam dewan yang tertutup. Antara peralatan utama yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket dan bola.

Memilih raket: Apabila memilih raket dua perkara utama harus diberi tumpuan iaitu :
Saiz gengaman tangan
Saiz dan berat raket
Raket-raket yang lebih ringan dan kecil saiznya adalah lebih sesuai bagi mereka yang baru mula bermain tenis.
Cara memilih raket untuk beginner: Terdapat pelbagai jenis raket tenis yang ada di pasaran saat ini. Secara kasar terdapat 3 jenis raket berdasarkan saiz kepalanya, iaitu :
Mid size : 85-90 sq.inch
Mid-plus : 95-105 sq.inch
Oversize : 110-135 sq.inch

Ukuran kepala raket umumnya berkait dengan kekuatan yang akan dihasilkannya. Raket-raket dengan ukuran kepala yang besar (Oversize) biasanya menghasilkan tenaga yang besar dan apabila anda memegang raket jenis ini maka umumnya akan terasa lebih berat di kepala raket (head heavy/ berat depan). Raket dengan ukuran kepala yang kecil (Mid size) umumnya memiliki kekuatan yang kecil dan keseimbangan raket ini akan terasa lebih berat di bahagian pemegang raket (head light/ berat belakang). Sedangkan raket midplus berada di antaranya dengan berat yang seimbang.



Cara memegang raket tennis: Cara memegang raket bergantung kepada jenis pukulan. Terdapat dua jenis atau cara memegang raket tenis iaitu cekak hadapan dan cekak kilas. Dalam permainan, seseorang pemain boleh menukarkan cara memegang raket dari masa ke semasa bagi menyesuaikan pukulan yang dibuatnya. Rasa selesa semasa pegangan raket perlulah diutamakan.




Tempoh permainan: Sesuatu permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk tiga set dikira pemenang. Untuk bahagian wanita pula, satu permainan mengandungi tiga set dan kemenangan dua set dikira pemenang. Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set.

Cara mendapatkan mata: Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis.
· Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0.
· Mana-mana pemain yang berjaya memungut mata pertama, matanya dikira 15-0; mata kedua yang dipungut dikira 30-0; dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Jika mata seterusnya diperolehi oleh pemain berkenaan, dia dikira sebagai pemenang untuk permainan itu.
· Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu. Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata sama, matanya dikira 40-40 dan ini memaksa dius. Untuk mencapai kemengan salah seorang pemain harus mendapatkan dua mata melebihi lawannya. Dengan demikian, permula servis perlu mendahului lawannya dengan satu mata. Untuk mendapatkan mata kedua pemain akan membuat servis disebelah kiri gelanggangnya pula dan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi.
· Seorang pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk memenangi sesuatu set. Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan akan diteruskan sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya.
· Apabila permainan masih seri pula pada angka 6 (6-6), maka permainan akan dilanjutkan pada perhitungan Tie Break. Tie Break terjadi pada skor game 6-6 dan pemain yang memiliki giliran servis memulainya dari sisi lapangan sebelah kanan pemain (deuce court) satu kali dan kemudian pindah servis pada lawannya yang memulai dari sisi kiri lapangan (ad court) dengan dua kali kesempatan dan selanjutnya masing-masing memperoleh dua kesempatan servis.
· Dalam sesuatu permainan terdapat lima set maksimum untuk menentukan kemenangan. Bergantung pada jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain dikira pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya.

Daerah dan garis Permainan : Untuk game single atau perseorangan, daerah permainannya adalah zon dalam minus daerah alley, sedangkan untuk game double atau beregu garis permainannya meliputi seluruh lapangan didalam garis baseline.


Garis merupakan batas dari daerah permainan. Apabila seluruh bahagian atau sebahagian dari bola menyentuh garis permainan maka bola dikatakan masuk kerana bola menyentuh lapangan yang dibatasi oleh suatu garis.

Point: Seorang pemain kehilangan point apabila:
Ø Melakukan dua kali kesalahan pada servis
Ø Tidak dapat memukul bola setelah lebih dari satu kali bola menyentuh tanah.
Ø Memukul bola namun jatuhnya bola di luar garis permainan (out).
Ø Pemain yang menerima servis memukul bola sebelum bola memantul.
Ø Pemain dengan SENGAJA memukul bola lebih dari 2 kali sentuhan.
Ø Seorang pemain menyentuh bahagian dari net dengan raketnya atau dengan bahagian badannya saat bola masih dimainkan.
Ø Pemain memukul bola sebelum bola melintasi net.
Ø Bola menyentuh bahagian tubuh atau apapun yang melekat pada tubuhnya selain raket tenis.
Ø Bola menyentuh raket namun pemain tidak memegangnya.
Ø Pada permainan beregu, kedua pemain menyentuh bola dengan raketnya sekaligus.
Read more

NATIONAL BASKETBALL ASSOCIATION (NBA)

NBA


The National Basketball Association (NBA) is a professional basketball league, composed of thirty teams in North America (twenty-nine in the United States and one in Canada). It is an active member of USA Basketball (USAB), which is recognized by the International Basketball Federation as the National Governing Body (NGB) for basketball in the United States. The NBA is one of the four major North American professional sports leagues, which include Major League Baseball (MLB), the National Football League (NFL), and the National Hockey League (NHL).

The league was founded in New York City on June 6, 1946 as the Basketball Association of America (BAA). The league adopted the name National Basketball Association in 1949 after merging with the rival National Basketball League (NBL). The league's several international as well as individual team offices are directed out of its head offices located in the Olympic Tower at 645 Fifth Avenue in New York City. NBA Entertainment and NBA TV studios are directed out of offices located in Secaucus, New Jersey.
Read more

NADI SYATBI

LOKASI : BERSEBELAHAN MAHATHOH TRAM SYATBI
TENNIS
Jumlah Court : 2 (satu court single dan satu
court double)
Jenis Court : Tanah liat /Clay
Bayaran : 10ep/jam (1 court)
Cara menempah : Datang dan berjumpa dengan Ammu Gumu'ah untuk tempahan.

BASKETBALL
Jumlah court : 1
Bayaran : 10ep/jam

PING PONG
Jumlah Meja : 3
Bat ping-pong dan bola : X sediakan. Bat boleh dibeli dengan harga 30LE ke 400LE
Cara Menempah : X perlu tempah. Ikut kekosongan dan boleh terus main. Boleh menanya kepada Kapten Isom
Malam : Ditutup
Read more