Memilih raket: Apabila memilih raket dua perkara utama harus diberi tumpuan iaitu :
Saiz gengaman tangan
Saiz dan berat raket
Raket-raket yang lebih ringan dan kecil saiznya adalah lebih sesuai bagi mereka yang baru mula bermain tenis.
Cara memilih raket untuk beginner: Terdapat pelbagai jenis raket tenis yang ada di pasaran saat ini. Secara kasar terdapat 3 jenis raket berdasarkan saiz kepalanya, iaitu :
Mid size : 85-90 sq.inch
Mid-plus : 95-105 sq.inch
Oversize : 110-135 sq.inch
Ukuran kepala raket umumnya berkait dengan kekuatan yang akan dihasilkannya. Raket-raket dengan ukuran kepala yang besar (Oversize) biasanya menghasilkan tenaga yang besar dan apabila anda memegang raket jenis ini maka umumnya akan terasa lebih berat di kepala raket (head heavy/ berat depan). Raket dengan ukuran kepala yang kecil (Mid size) umumnya memiliki kekuatan yang kecil dan keseimbangan raket ini akan terasa lebih berat di bahagian pemegang raket (head light/ berat belakang). Sedangkan raket midplus berada di antaranya dengan berat yang seimbang.
Cara memegang raket tennis: Cara memegang raket bergantung kepada jenis pukulan. Terdapat dua jenis atau cara memegang raket tenis iaitu cekak hadapan dan cekak kilas. Dalam permainan, seseorang pemain boleh menukarkan cara memegang raket dari masa ke semasa bagi menyesuaikan pukulan yang dibuatnya. Rasa selesa semasa pegangan raket perlulah diutamakan.
Tempoh permainan: Sesuatu permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk tiga set dikira pemenang. Untuk bahagian wanita pula, satu permainan mengandungi tiga set dan kemenangan dua set dikira pemenang. Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set.
Cara mendapatkan mata: Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis.
· Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0.
· Mana-mana pemain yang berjaya memungut mata pertama, matanya dikira 15-0; mata kedua yang dipungut dikira 30-0; dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Jika mata seterusnya diperolehi oleh pemain berkenaan, dia dikira sebagai pemenang untuk permainan itu.
· Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu. Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata sama, matanya dikira 40-40 dan ini memaksa dius. Untuk mencapai kemengan salah seorang pemain harus mendapatkan dua mata melebihi lawannya. Dengan demikian, permula servis perlu mendahului lawannya dengan satu mata. Untuk mendapatkan mata kedua pemain akan membuat servis disebelah kiri gelanggangnya pula dan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi.
· Seorang pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk memenangi sesuatu set. Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan akan diteruskan sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya.
· Apabila permainan masih seri pula pada angka 6 (6-6), maka permainan akan dilanjutkan pada perhitungan Tie Break. Tie Break terjadi pada skor game 6-6 dan pemain yang memiliki giliran servis memulainya dari sisi lapangan sebelah kanan pemain (deuce court) satu kali dan kemudian pindah servis pada lawannya yang memulai dari sisi kiri lapangan (ad court) dengan dua kali kesempatan dan selanjutnya masing-masing memperoleh dua kesempatan servis.
· Dalam sesuatu permainan terdapat lima set maksimum untuk menentukan kemenangan. Bergantung pada jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain dikira pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya.
Daerah dan garis Permainan : Untuk game single atau perseorangan, daerah permainannya adalah zon dalam minus daerah alley, sedangkan untuk game double atau beregu garis permainannya meliputi seluruh lapangan didalam garis baseline.
Garis merupakan batas dari daerah permainan. Apabila seluruh bahagian atau sebahagian dari bola menyentuh garis permainan maka bola dikatakan masuk kerana bola menyentuh lapangan yang dibatasi oleh suatu garis.
Point: Seorang pemain kehilangan point apabila:
Ø Melakukan dua kali kesalahan pada servis
Ø Tidak dapat memukul bola setelah lebih dari satu kali bola menyentuh tanah.
Ø Memukul bola namun jatuhnya bola di luar garis permainan (out).
Ø Pemain yang menerima servis memukul bola sebelum bola memantul.
Ø Pemain dengan SENGAJA memukul bola lebih dari 2 kali sentuhan.
Ø Seorang pemain menyentuh bahagian dari net dengan raketnya atau dengan bahagian badannya saat bola masih dimainkan.
Ø Pemain memukul bola sebelum bola melintasi net.
Ø Bola menyentuh bahagian tubuh atau apapun yang melekat pada tubuhnya selain raket tenis.
Ø Bola menyentuh raket namun pemain tidak memegangnya.
Ø Pada permainan beregu, kedua pemain menyentuh bola dengan raketnya sekaligus.
0 comments:
Post a Comment