DATUK LEE CHONG WEI

BIODATA
Wajahnya keanak-anakan tetapi jangan terpedaya, di sebalik wajah comel itu, kehebatannya menggegarkan ramai. Pemain utama perseorangan lelaki dalam acara badminton ini, Datuk Lee Chong Wei, sudah membuka banyak mata untuk melihat taring anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini dalam sukan itu.

Dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia ini, kejayaannya bukan sedikit. Dan yang terbaru, berjaya menewaskan pemain nombor satu dunia, Lin Dan dalam kejohanan ekoran berjaya melangkah ke pusingan akhir Olimpik Beijing 2008 pada 24 Ogos lepas. Mengetepikan Lin Dan yang kini turun sebagai pemain nombor dua dunia, Chong Wei menerima ranking terbaru yang diperoleh dari Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu. Chong Wei berjaya merampas kedudukan nombor satu dunia dari Lin Dan selepas mengumpul 85,579 mata berbanding juara Sukan Olimpik Beijing 2008 itu yang hanya berpuas hati dengan 84,080 mata.
Terdahulu, beliau hanya membawa gelaran pemain nombor dua dunia tketika menjuarai Kejohanan Badminton Asia (ABC) sekali gus mengakhiri penantian 12 tahun pemain negara untuk muncul juara dalam kejohanan berkenaan.

Sebelum itu, Chong Wei hebat dalam Sukan Komanwel 2006 apabila memenangi emas bagi perseorangan lelaki dan acara berpasukan campuran.

Dilahirkan 21 Oktober 1982, Chong Wei, pemuda yang terkenal dengan sifat peramah ini sudah menundukkan ramai pemain dunia, termasuk pemain nombor satu dunia, Lin Dan, dari China. Beliau mendapat pendidikan awal di Jit Sin Primary School (B) sebelum menyambungkan pelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Way.

Satu perkara `pelik’ yang mungkin harus dikongsi bersama pembaca dan peminat Chong Wei, anak muda ini tidak menggemari artis Hong Kong seperti kebanyakan anak muda berketurunan Cina di negara ini. Idolanya juga bukan bintang badminton dunia, sebaliknya kelab bola sepak terkaya di dunia, Manchester United.


Pencapaian:
2006: Juara perseorangan Kejohanan Badminton Asia (ABC); juara perseorangan lelaki dan acara berpasukan campuran Sukan Komanwel; Juara Terbuka Switzerland
2005: Juara perseorangan Terbuka Denmark; Juara perseorangan Terbuka Malaysia; Separuh akhir Kejohahan Badminton Dunia di Anaheim
2004: Juara Terbuka Malaysia; Juara Terbuka Taiwan; Naib Juara Terbuka Singapura; Suku Akhir Terbuka Indonesia; Suku Akhir Terbuka Korea; Suku Akhir Terbuka Thailand; Pusingan Awal Olimpik Athens; Pusingan Awal Terbuka China; Pusingan Awal Kejuaraan Asia; Pusingan Awal Terbuka Jepun; Perlawanan Akhir Piala Thomas
2003: Juara Satelit Luster Malaysia; Pusingan ketiga Terbuka China, Naib juara Satelit India; Suku akhir Terbuka Denmark, Separuh akhir Terbuka Belanda; Naib juara Terbuka Malaysia; Pusingan ketiga Terbuka Indonesia; Pusingan kedua Terbuka Singapura
Juara Komanwel 1998
Menduduki ranking nombor satu dunia selepas mengetepikan Lin Dan pada 24 Ogos 2008


Anugerah:
Olahragawan Kebangsaan 2005
Menerima gelaran Datuk (Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) dari Yang di-Pertua Negri Tun Abdul Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008 selepas berjaya merangkul pingat perak pada Sukan Sea Beijing 2008.
Pemain badminton nombor satu dunia selepas menewaskan Lin Dan.
Memenangi emas pada Kejohanan Siri Super Terbuka Korea Selatan 2010.
Memenangi emas enam kali berturut-turut pada Kejohanan Terbuka Malaysia bermula 2005.

2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

nape xde latar belakang pendidikan Dato Lee Chong Wei

Post a Comment